1. PETA BULATAN
Proses Pemikiran:
MENDEFINISIKAN MENGIKUT KONTEKS
Langkah Membina Peta Bulatan
1. Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.
2. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan di dalamnya.
3. Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.
4. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut
untuk menjana idea (proses sumbangsaran).
5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut
pandangan daripada pelbagai pihak.
Soalan-soalan Berkaitan
1. Apakah kata pembayang yang dapat membantu mendefinisikan topik?
2. Bagaimana anda tahu tentang ................... ?
3. Adakah anda tahu bahawa ...........................?
4. Bagaimana mendefinisikan/memperkenalkan idea/topik ini?
5. Apakah yang anda terfikir tentang .......................?
FAEDAH PENGGUNAAN PETA BULATAN
1. Meningkatkan kosa kata
2. Sumbangsaran idea dalam penulisan
3. Menguji pengetahuan sedia ada murid
4. Menguji pemahaman murid selepas pdp
KATA KUNCI
1. Konteks/senaraikan
2. Jelaskan
3. Tuliskan semua yang anda tahu .....
4. Sumbangsaran
5. Kenalpasti
6. Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada
7. Meneroka makna/maklumat
2. PETA BUIH
Proses Pemikiran:
MENERANGKAN MENGGUNAKAN KATA SIFAT
Langkah Membina Peta Buih
1. Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan topik utama di dalamnya.
2. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilinya untuk diisi dengan kata adjektif / kata sifat yang
mewakili topik tersebut.
3. Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lurus.
4. Senaraikan seberapa banyak kata adjektif barkaitan sama ada positif / negatif dan warna yang
berbeza boleh digunakan.
5. Cadangan topik – diri saya
6. Kata Adjektif – cantik, baik hati, periang, pandai, pendiam, cemburu, malas
Soalan-soalan Berkaitan
1. Bagaimana anda dapat menerangkan tentang seseorang, tempat, benda, idea, konsep, gambar,...?
2. Apakah ciri-ciri yang digunakan bagi mewakili objek ini?
3. Apakah sifat bagi konsep/nombor ini?
4. Apakah kualiti yang penting bagi konsep ini?
PENGGUNAAN PETA BUIH
1. Sifat manusia
2. Membezakan fakta dan pendapat
KATA KUNCI
1. Terangkan
2. Jelaskan
3. Gunakan 5 pancaindera untuk menerangkan .......
4. Kualiti
5. Sifat
6. Ciri-ciri
3. PETA BUIH BERGANDA
Proses Pemikiran:
MEMBANDING BEZA
Langkah Membina Peta Buih Berganda
1. Digunakan untuk membanding beza sesuatu benda/idea.
2. Lukiskan 2 bulatan di bahagian tengah untuk menulis 2 topik (objek/idea) yang ingin
dibandingkan.
3. Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.
4. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara 2 bulatan utama.
5. Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus.
6. Bagi bulatan yang berada di antara 2 topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan.
7. Isikan semua perbezaan di dalam bulatan yang hanya bersambung dengan 1 topik sahaja.
8. Cadangan topik – Diri saya dan rakan karib.
Soalan-soalan Berkaitan
1. Apakah persamaan dan perbezaan antara 2 topik ini?
2. Bagaimanakah kita dapat membanding beza kedua-duanya?
3. Persamaan yang manakah paling ketara?
PENGGUNAAN PETA BUIH BERGANDA
1. Membandig beza ciri-ciri bentuk 2D dan 3D
2. Membandingkan sifat manusia
3. Membandingkan 2 idea
KATA KUNCI
1. Bandingkan
2. Bezakan
3. Persamaan
4. Bezakan antara ..... dengan .....
5. Perbezaan
4. PETA POKOK
Proses Pemikiran:
MEMBUAT PENGKELASAN
Langkah Membina Peta Pokok
1. Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan gariskannya.
2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan/kategori.
3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengkelasan.
4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori.
5. Gariskan setiap contoh yang ditulis.
Soalan-soalan Berkaitan
1. Bagaimana anda mengasingkan semua maklumat yang telah dikumpulkan?
2. Bolehkan anda mengasigkan/mengkelaskan objek-objek ini mengikut kumpulannya?
3. Apakah idea/penjelasan yang menerangkan/menyokong idea utama ini?
4. Apakah contoh bagi setiap ketagori ini?
5. Adakah item ini sesuai untuk ditulis dalam beberapa kategori yang telah dipilih?
6. Adakah cara yang lebih baik untuk mengkelaskan bahan/alatan ini?
PENGGUNAAN PETA POKOK
1. Mengkelaskan kumpulan haiwan
2. Mengkelaskan jenis alatan muzik
3. Mengkelaskan elemen penting cerita
KATA KUNCI
1. Kelaskan
2. Asingkan
3. Kategorikan
4. Kenalpasti antara idea utama dan penjelasannya
5. PETA DAKAP
Proses Pemikiran:
SEBAHAGIAN DARIPADA KESELURUHAN
Langkah Membina Peta Dakap
1. Digunakan untuk mengkaji / menganalisa objek secara fizikal.
2. Tuliskan objek yang ingin dipecahkan dan gariskannya.
3. Tuliskan bahagian/pecahan utama.
4. Tuliskan bahagian/komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.
5. Lukiskan ( { ) untuk menggabungkan/menyatukan objek dan komponennya.
Soalan-soalan Berkaitan
1. Apakah nama objek ini?
2. Apakah bahagian/komponen utama objek ini?
3. Apakah komponen yang lebih kecil?
4. Adakah bahagian/komponen ini merupakan sebahagian daripada .....?
5. Bahagian/komponen manakah yang telah hilang/tiada dalam gambarajah ini?
PENGGUNAAN PETA DAKAP
1. Matematik (nilai tempat nombor)
2. Komponen alatan muzik
3. Analisa struktur objek
KATA KUNCI
1. Sebahagian daripada .....
2. Tunjukkan struktur .....
3. Ambil sebahagian daripada .....
4. Kenalpasti struktur
5. Komponen fizikal
6. Anatomi
6. PETA ALIR
Proses Pemikiran:
URUTAN
URUTAN
Langkah Membina Peta Alir
1. Tuliskan tajuk ( nama acara/langkah)
2. Lukiskan sebuah segiempat tepat di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah pertama untuk
menghasilkan/membina/membuat ….
3. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.
4. Lukiskan segiempat tepat yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya.
5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.
6. Sambungkan carta aliran bermula dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya.
7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan petak kecil di bawah langkah utama
berkenaan.
8. Cadangan topik – Apakah yang dilakukan semasa cuti sekolah
Soalan-soalan Berkaitan
1. Apakah nama bagi acara/peristiwa ini?
2. Apakah langkah/peringkat bagi setiap peristiwa?
3. Adakah terdapat penjelasan lanjut bagi langkah tertentu?
4. Apakah langkah pertama yang perlu ditulis sebelum dan selepas peringkat yang sedang dibincang?
5. Apa yang berlaku selepas itu?
6. Bagaimanakah aturan yang terbaik untuk menyusun peristiwa ini?
PENGGUNAAN PETA ALIR
1. Sains ( Proses dan kitar hidupan)
2. Penyelesaian masalah
3. Peristiwa sejarah dan garis masa
4. Proses menanam sayuran (KH)
KATA KUNCI
1. Susunkan mengikut aturan yang betul
2. Ceritakan / kira semula
3. Kitaran
4. Tunjukkan proses
5. Selesaikan masalah .....
6. Mengkaji corak (trend)
7. PETA PELBAGAI ALIR
Proses Pemikiran:
SEBAB DAN AKIBAT
Langkah Membina Peta Pelbagai Alir
1. Digunakan untuk menggambarkan/mengillustrasikan analisa sebab dan akibat.
2. Lukiskan rajah segiempat tepat di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang dikaji.
3. Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam petak berasingan.
4. Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.
5. Tuliskan beberapa akibat daripada peristiwa tersebut dalam petak di sebelah kanan peristiwa.
6. Sambungkan peristiwa dan akibat dengan anak panah mengarah ke kanan.
7. Cadangan Topik – Jika saya berjaya dalam peperiksaan.
Soalan-soalan Berkaitan
1. Apakah sebab dan akibat peristiwa ini?
2. Mengapakah peristiwa ini berlaku? (cause)
3. Apakah akibat daripada berlakunya peristiwa itu?
4. Apakah kesan daripada peristiwa ini?
5. Apakah pengajaran disebalik peristiwa ini?
6. Apakah yang akan berlaku jika .................. berlaku?
PENGGUNAAN PELBAGAI PETA ALIR
1. Analisa sejarah
2. Membaca dan meramalkan kejadian
3. Pengurusan sikap
KATA KUNCI
1. Sebab dan akibat
2. Bincangkan akibatnya/pengajaran
3. Apakah yang akan berlaku sekiranya ............. ?
4. Jika ................... maka ...............
5. Terangkan perubahan .......................
6. Kenalpasti pengajarannya
7. Kenalpasti keputusan daripada ........
8. Apa yang berlaku jika .......
8. PETA TITI
Proses Pemikiran:
ANALOGI (HUBUNGAN YANG SAMA, MENCARI FAKTOR PENGHUBUNGAN
Langkah Membina Peta Titi
1. Lukiskan sebuah garisan dan tuliskan faktor berkaitan (relating factor) di bahagian kiri.
2. Faktor berkaitan (RF) adalah frasa setara yang mengaitkan analogi.
3. Lukiskan garisan dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya pasangan yang berkaitan.
4. Seterusnya, ikuti langkah yang sama untuk pasangan berikutnya.
5. Kedua-dua pasangan berkaitan ini disambungkan oleh titi ( ).
6. Sambungkan pasangan seterusnya sehingga tamat.
7. Cadangan topik – kaitkan warna dan buah-buahan.
Soalan-soalan Berkaitan
1. Apakah faktor berkaitan antara dua contoh ini?
2. Bagaimana kedua-dua perkataan ini dapat dikaitkan?
3. Apakah ayat yang dapat dibina dengan dua perkataan ini?
4. Adakah perkaitannya sama bagi semua contoh yang ditunjukkan?
5. Apakah pasangan lain yang mempunyai perkaitan yang sama?
PENGGUNAAN PETA TITI
1. Konsep Sains
2. Peristiwa sejarah
3. Perkaitan matematik
KATA KUNCI
1. Kenalpasti perkaitan
2. Meneka peraturan
3. Simbol
4. Analogi
5. Kesetaraan
No comments:
Post a Comment