I-Think bermaksud innovative THINKING (Pemikiran Inovatif) dimana murid perlu
dibekalkan dengan kemahiran berfikir.
Program i-THINK ialah suatu program hasil
kerjasama KPM dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) bertujuan untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif.
Program
i-THINK adalah salah satu langkah yang dibuat kerajaan bagi memastikan pelajar
yang dihasilkan mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Program ini juga
dilaksanakan setelah mengambil kira kedudukan Malaysia di dalam pentaksiran
TIMSS dan PISA. 8 Peta Pemikiran yang diperkenalkan di dalam program i-THINK iaitu
1. Peta Bulatan
2. Peta Buih
3. Peta Buih Berganda
4. Peta Pokok
5. Peta Dakap
6. Peta Alir
7. Peta Pelbagai Alir
8. Peta Titi
No comments:
Post a Comment